Sunday 29 April 2012

Senja perasaan

Senja datang...menerjah luluh tubuh alam...aku disini terlentang menyembah bumi..sepi aku tak berlagu..
tercungap -cungap kelabu dalam debu..gundah gulanan kini semua bersatu...senja ini mebingkai aku sepi...
perasaan ini dimamah diri....rintihan mengrengek semakin laju...mengulai mengusap di qalbu ini..
aku menagis nan sedu..meneroka di teroka perasaan tak berteman..cukup sudah semua ini..
senja saja bercanda....

#entah mengapa aku begini? perasaan yg entah dari mana begitu halus rasanya
  membuat kan aku tidak tenang di layanya..
  7.00 malam.

Friday 27 April 2012

3.0

Di setiap langkah
biar berpijak di bumi nyata
duduk bantah buat kita
menuntut buat maruah bangsa!

jangan biarkan kita membisu mebingaki kayu
buat pejuang di dataran saat badai ujian menerpa tubuh yang lusuh
benteng kita takkan mudah rapuh!

3.0



#semangat aku buat hari esok di dataran aku buku kan di kotak ini
3.14 petang

Wednesday 25 April 2012

Dakap ilmu kembali

semakin hari ghairah perasaan ini
rasa kecil di hati mahukan semua ini
apa perlu aku lacurkan diri untuk pekara sebegini
ilmu! ilmu! ilmu! ilmu! ilmu! ilmu!


sudah lama aku menahan sakit
lebih besar dari samudera dan langit
mendapatkanmu ilmu sangat lah sulit

adakah aku akan dapat kembali mendakap ilmu seperti dulu?

# baru aku sedar sekarang bertapa pentingnya ilmu tapi apakah selepas ni aku tidak lagi
   berpeluang mendakap ilmu? please aku hanya mahukan ilmu.cacatan ni aku luahan kan sebelum
   aku ke wayang kulit di abi.
 
   *7.50malam
  
  

Tuesday 24 April 2012

Antara "aku" dan "perasaan"

makin lama tahan makin perit roh dan jasad aku tapi
aku terus malayan layan layan layan layan melayang bak alunan hippopolla.
sampai bila harus begini? 

berfikir "aku" antara "perasaan" untuk apa?

#buntu bingai bila bangun dari tidur 
4.25petang

Thursday 19 April 2012

Buat kalian di dataran

Buat di dataran,
aku di sini terus berdoa buat kalian,
maruah bangsa kita tegakan,
ayuh tanamkan tekad lawan,
bangkit kita dari kehancuran,
... demi kita menegakan kebenaran.

-Sajak aku buat kalian di dataran-

Aku rimas

Aku rimas dengan perasaan ini
Aku tau pasti ini terjadi
Aku tak mahu semua ini berlaku lagi
Bagaimana selepas ini dengan aku?

... Bodoh! ini semua terjadi atas kehendak diri aku sendiri yang selalu melayan perasaan.

-ini luahan perasaan aku-

4.12 pm 
# dari tapah perjalanan pulang ke kuala lumpur
 

Buat kuning

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa
Kuning bukan racun berbisa.

Angan - angan mak jenin

"Perjalanan aku penuh dengan angan-angan mak jenin sampai bila aku harus begini? lalu di herdik hati aku tersedar bahawa aku masih lagi dalam perjalanan yg jauh destinasinya."

# dalam bas perjalanan balik ke kangaq
5.26 petang

Aku masih sedar

syukur..
kerana aku sangka telah pupus semua ditelan kota
kerana aku sangka takkan terlihat lagi yang seperti dia
namun saat itu aku kembali percaya
yang ayu-ayu itu masih ada..

-Selamat Malam-
#atas katil dah nak tidur
12.51 malam

IQBAL ARIF YAKOOB

" Iqbal Gallagher seorang manusia yang selalu berkata kata padaku.Kata katanya membuatkan ku sedar lalu bangkit dari sombong bodoh,angkuh dunia."

Zat yang maha suci

duduk memandang pada zat yang satu lalu ku isi kan dengan
kata kata halus atau kabus putih yang memamhi kekosongan pandang ini.