Tuesday 26 June 2012

Xpresi

Wujudnya rasa yang belari-lari di dalam seluruh pelusuk dada ini, aku merasakan
wilayah di dalam ruang ini bukankah ia hanya casing belum tentu rasa nya datang dari jiwa.

aku terus di buai.
menyalurkan seni dengan alunan.
mejandi sebuah bualan halimunan.
ikutan terus menjadi seiring.

"Berpuisng melentangkan tangan"


 Emosi mula menguasai aku, rasa ini mula berputar-putar
 aku mahu mencipta kan rasa ini dengan kata kata.

"Angan melayang bersama liuk tubuh"

 INDAHkan

Ia seakan akan mati diam membisu 
meluap kedap dalam segiempat.

BerXpresi menggunakan perasaan
bukan beraksi menggunakan paksaan.




Sunday 24 June 2012

Bediri di atas noktah

Sekarang aku bediri di atas noktah

mana penghujungnya? ini lah penghujungnya.

Aku risau cemas rimas banyak rasa yang ada di dalam hati
yang aku langsung tidak faham bukan sekali tapi sudah berkali kali.

aku gelabah secara tiba-tiba aku cuba lagi untuk
geledah kerana aku tahu di hadapan sana tiada lagi jalan untuk aku pulang

ah bagaimana ni apa aku harus buat? ish apa semua ini? aku buntu..



ini adalah perasaan atau cebisan-cebisan perasaan yang sudah sampai noktahnya.

apa ni! ?

kau diam saja, sebab tiada lagi pembuat untuk kau pulang atau kau cari untuk
berubah ke bentuk asal.

BEDIRI SAJA DI ATAS NOKTAH.

ahhhhhh tidakkkk!


Thursday 21 June 2012

Rindu aku akan kekasihmu

Aku menulis puisi ini untuk menjadi wadah
aku cuba bermadah untuk meluah
rindu aku akan kekasihmu

Aku cuba sedaya yang aku mampu
menukil keluar sesuatu
tanda aku rindu terhadap kekasihmu
harum rindu aku terhadap kekasihmu

Aku duduk memandangi gurun nan luas
langit bertaburan bintang tanpa awan
angin mula bertiup menimbulkan kumpulan debu

Aku tak pernah melihatmu
namun kau ada di hati aku
kau nampak sangatlah dekat
makin rindu merusuk di hati

Namamu harum dibilik aku
mampirlah sejenak kau di dalam dada aku
dengarlah suara aku memuja muja namamu
TIADA YANG LAIN.

*Aku menulis sambil mengalir air mata kerana rindu
  aku akan kekasihmu.







Sunday 17 June 2012

ini lembah dusta belaka! kelak telanjang juga!

Ada yang leka ada yang bertakwa
kesenagan bagi yang terpedaya
kesenangan bagi yang beriman

Perjalanan satu perjuangan
tersesat dalam lembah duniawi
binggung kelabu diri jadi debu
takdak lentera yang bersinar

Sedar lah manusia rakus
tegarnya kau
tidak gentar kah kau?
tatkala bersujud di hadapanNYA?
kau mencipta kehancuran!

Kehinaa pemusnah mencantas isi alam

Cukup lah derita kau janakan
kau menangis kerana lembah dusta?
teringatkan negeri asal kau?
sudah lah manusia rakus
kelak telanjang juga kita di sana.
 




Short Film : Hanyut


SYNOPSIS
Hanyut mengisahkan 6 orang sahabat karib Jep,die,lan,man,zac dan af menjalani kehidupan seperti remaja lain.Namun jep bergelumang dengan najis dadah akibat bergaul dengan sekumpulan remaja flat kenanga.Jep yang menanggung beban hutangakibat ketagihan dadah.Demi persahabatan lan sanggup melangsaikan hutang jep.Tetapi belum sempat lan menlangsaikan hutang tersebut bandi terlebih dahulu membunuh azlan.

'DEMI PERSAHABATAN NYAWA JADI TARUHAN'

INDIE PROJECT HANYUT SHORT FILM
Director of photography : Amer syahmie
Camera assistant : Adam sabri
Art director : Nana ahmad
Assistant director : Iqbal Arif yakoob
Second assistant : Hamdi hakimi
Screen play and director : Faidzal annuar
Written by : Faidzal annuar

Short film arahan pertama aku
alhamdulillah syukur.

Thursday 14 June 2012

Realiti seorang dramatis

Seminggu lagi sebelum pementasan teater atau penailaian akhir
akan berlangsung perasaan aku semakin gelisah, Boboy 'classmate' aku
yang masih kaku di atas pentas malas menghafal skrip pula!

Ish...

Aku memegang watak sulung seorang perwatakanya pulak alim
Aduh! aku langsung tidak pernah memegang watak tua apatah lagi alim
habis lah aku macam ni agak rumit untuk mewujudkan gaya dan perasaan
,pegerakan, mimik muka dalam sesebuah watak tua ini..

Aku cuba dan terus cuba
aku tidak dapat lagi rasakan yang aku ini seperti orang tua
gaya nya langsung hancus!

"cikgu macam mana saya okay tak?"

 tak nampak langsung kamu mcm orang tua,jangan rushing dialog!
 cepat! cepat! mcm mana nk berlakon ni seminggu je lagi!
 faizal ko balik rumah wujudkan rasa atau tiru je gaya orang tua mana kau suka!
 nanti on stage kau tak kantoi tak lah nampak sangat!

hmm kena marah lagi...

Di rumah aku cuba untuk bersemuka dengan cermin monolog tanpa dialog
agar aku bisa merasakan yang aku sudah berwatakan seperti
orang tua yang alim.

aku masih tidak rasakan! ahhh!! hancus! kalau aku begini
mcm mana nk jadi pelakon sehinggakan aku tertidur berbantalkan skrip.

Akhirnya dengan ilmu yang aku belajar
banyak bertanya, mengkaji,berhempas pulas
aku dapat melahirkan rasa atau wujudkan watak
orang tua seperti mana di dalam skrip.

Proses untuk mewujudkan sesebuah watak,pegerakan,mimik muka
dan vokal bukan lah mudah seperti kita lihat walaupun aku belajar
dalam bidang ini. Ini semua pengjaran dan
pemebelajaran bermakna bagi aku.

bestnyaaa jadi pelakon...

kau igt senang?

BUKAN SENANG NAK JADI PELAKON.





Wednesday 13 June 2012

Gadis hydroponic

Hari-hari,seperti biasa pukul 12 malam aku menunggu saat untuk aku menciptakan senyuman, dia juga
langsung menunggu aku katanya, aku adalah lelaki pertama menerjah menjalar perasan begini.
Dia sungguh indah bagi aku tapi baru seminggu pengenalan sudah putik rasa ini?

Kau biar betul faizal?
ya! perasaan ini dah mebuak-buak
hadirnya pria itu mengugat perasaan aku
kau yang pertama jadi aku harus merasainya

Ah! makin hari makin indah!

Harini ini
dari telinga ke telinga

anjeeee sayang!

eh siapa anje you?

lu la anje gua.

*pipi merah bagai dicubit
  muka terkumat-kamit.
 
  tapi.............

 Mengapa kau perlu hadir buat beberapa kerat,menari-nari di alam khayalan aku
 kenangan itu terbuai di dalam mimpi aku. Bukan menyesal pada rasa ataupun
 dendam bekarat, Aku mengharap penuh derita bila rindu kelam sarat.

"Melabuhkan pilu mencorakan seribu cerita penuh makna"

eh bagaimana dengan dia?
adakah datang dan pergi persis ombak kalanya?
atau mengikut hatinya?

Hm biarkan saja lah kalau ditelan nanti celakanya aku.

INTANFARHANA.



Malas itu penyakit

"Makkk! adik rasa mcm nk demam tak mau p sekolah lah"

Hahaha ini bukan demam ke sakit ini namanya alasan malas aku
malas segalanya.

Malas adalah satu penyakit sebenarnya. Bagi orang yang ada sikap malas ini seperti aku dulu dia tidak ada kesungguhan untuk berusaha dan gigih bagi mencapai apa jua peluang,rezeki,masa depan,lain-lain yang
diimpikannya.Itu satu fakta yang perlu diketahui.. MALAS tiada dalam kamus orang-orang yang berjaya. Ini adalah kerana MALAS itu salah satu sikap negatif yang merujuk kepada anti-kejayaan iaitu penghalang kejayaan. Sebab itulah aku selalu berpesan kepada sesapa jua berusaha gigihlah kalau kau nak berjaya, jangan sekadar berangan tinggi tapi malas nak usaha apa yang diimpikan itu.

Lahirnya sikap negatif dalam diri dan pemikiran adalah berpunca daripada sikap malas berusaha, tidak mahu berfikir, asyikan hiburan dan hidup tanpa tanggungjawab. Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang kita mestilah berusaha mengubah sikap yang terdapat dalam diri kita. Walaupun sukar untuk kita singkirkan sikap negatif secara keseluruhan tetapi kita boleh berusaha untuk menjadikan ianya semakin mengecil. Caranya dengan tingkatkan yang positif insyaallah kita dapat mengurangkan yang negatif.

Sehangat panas terik
tak sanggup lagi diri menanti
dengan sedikit pekikan
jiwa malas melangkah pergi.

Setiap hamba di pentas dunia ini perlu ada perubahan atau transformasi.Aku juga atau kita semua perlu
berubah dari sikap malas. Cermin diri dan masa depan adakah kita tidak mahu berubah dan berbuat apa-
apa pada diri sendiri? 

Jangan biar diri kau dilanda KEMALASAN lagi sehingga kan dunia dan akhirat tiada pembuatnya hadapi kehidupan dengan penuh kesyukuran tanpa banyak persoalan pada diri.





Tuesday 12 June 2012

Manusia yang membawa penyakit

Kau manusia yang membawa penyakit pada aku!

Sejenak rasa sakit menyiarap di tubuh aku. Deras rasa yang menoreh tubuh aku
dengan pekikan celaka kau memenuhi ruang rasa dalam baju aku.

Kau selalu menjatuhkan air muka aku,
Kau selalu menjatuhkan maruah aku,
Kau selalu hilangkan semangat aku.

Kau fikir diri kau dah cukup bagus?

buka baju tepuk dada sampai merah
kau siapa?!

bullshit!

Denyutan yang dulunya pelan
sekrang diringi nafas ketat
memberi isyarat luka dan lebam

Pengecut ini menjadi amarah yang tak bisa aku lupakan
aku akan diam
dendam dalam diam!



Monday 11 June 2012

Ini antara aku dengan khaliq

 Khaliq aku datang bermadu kasih

 Kaki bersimpuh malam bermadang sepi
 memandang zat yang indah
 izikan aku mendakap kamu
 aku hanya mahu keredaan mu

 
 Khaliq,

 Aku datang dari lautan dosa
 dalam lembah yang penuh dusta
 dosa yang menghimpit jiwa
 saat kegelapan menutupi hati

 Khaliq,

 Selamatkan aku dari lembah berlumpur ini
 supaya aku dapat memandang kebaikan
 jawapan aku hanya satu untuk kamu
 masukan aku ke dalam benteng keteguhan mu
 supaya teguh tiada lagi kegelapan pada aku

 Khaliq,

 Aku datang kerana aku rindu
 yang tidak bisa menahan rasanya
 berikan aku kesempatan untuk aku bermadu kasih bersamamu
 dan terus mengabadi padamu

 Khaliq,

 Bila kerinduan terhadapMU menguasai hati
 sinarlah segala yang maujud tiada lagi yang dapat memberi kepuasan
 padamu jua terdapat cangkir air penghidupan air yang membasahi tekak
 yang dahagakan kasih illahi.

 AKU DAHAGAKAN KASIH ILLAHI.
 "ya tuhan ku kau yang ku maksud keredaan kau yang ku tuntut
  tiada yang lain"
 
   
 



Sunday 10 June 2012

AKAN DATANG

 
    Aku dulu malas mendorong aku untuk menulis catatan kemalasan aku.
    Membuat aku terus khyahal dengan emosi ini mencari perumpamaan yang
    sama seperti aku meneliti setiap susunan dan perkataan. Satu persatu
    masej terungkai dari setiap sudut perkataan atau catatan aku,
    banyak bermain dengan pembayang kata membuat si pembaca  berfikir
    sejenak apa yang ada di sebalik kotak minda aku. Dulu aku hanya abadikan
    catatan aku di blog, sekarang aku bukukan untuk berkongsi dengan semua
    yang juga malas seperti aku.

    Catatan ini adalah tulisan atau senjata pada aku untuk melangkah
    setapak lagi menulis buku. noktah dan koma dalam catatan ini
    tidak pernah membuat aku gagal Alhamdulilah aku bersyukur
    padaNYA pencatat terus mencatat bangkit dari malas

    ALLAHURABBI.

RM 32.20

9.45 malam
Aku akan ke studio cikgu raif lepak dengan iqbal

Sampai saja di studio cikgu raif mcm biasalah
duduk melepak kalau tak melepak pon
berbahas mulut la dengan iqbal ada saja
benda yang tak kena "hang artis lah"
"farid kamil lah" tiada pembuat.

Sambil menunggu iqbal tampal gambar wedding
aku seperti biasa la "BBM" sambil borak kosong
dengan tokwan yg berhadapan dengan aku, bob di kunter
berahi layan angry bird katanya baru install.

selang 1 jam kemudian.....

Datang satu family masuk studio
gayanya dan cara agak aku mcm dari kampung
pakainya lusuh badan berbau barangkali daif.

aku tak layan hanya senyuman aku lemparkan..

aku terdengar samar-samar kasar dari mulut pakcik tu
Ha, hang nk print berapa cepat lah abg tu dok tunggu,
menyuruh anaknya supaya cepat.

habis saja Bob masukan gambar diberi anaknya
dik, bila boleh siap gambaq ni? dibalas Bob dengan sopan,
pakcik esok boleh? la ni takdan sebab mesin
dah off esok dalam 930 pagi pak cik mai na?

perbualan Bob dan pak cik itu aku hanya dengar samar samar saja..

Pak cik, nk bayaq la ni ka esok?, harini ja la dik!,
Bob terus menulis resit bayaran dengan pantas ok pakcik semua
32.20 ringgit.

"Berapa dik! ? dibalas bob ,32.20 ringgit."

Melihat dengan kedaan keluarga dan rauk wajah pakcik ni aku mengerti 
bertapa bersarnya RM 32.20. Dari pandangan aku
agak berat untuk beliau mengeluarkan wang sebanyak itu hanya untuk
print beberapa keping gambar.

"kalau aku di tempatnya aku juga dapat merasakan apa yg beliau rasa."

Aku hanya padang dari jauh..

Lihat pada dompetnya  yg koyak rabak apatahlagi
duit di dalamnya. Aku tersentuh bila melihat beliau
mengeluarkan duit untuk membayar semua jumlah
tersebut, hanya ada beberapa keping duit RM 10
di dalam dompetnya..agak berat bila beliau
mengeluarkan duit berjumlah RM 32.20.

Entah dari pagi sampai ke petang beliau mecari duit sebanyak itu.
Aku rasakan seperti mahu mengalirkan air mata bila melihat
realiti ini terjadi di hadapan aku.

# Alhamdulillah aku bersyukur aku di lahirkan dalam keluarga kedaan
sempurnya cukup seadanya. Dalam hati sanubari "YA ALLAH aku sedih
melihat keadaan pak cik tadi kau jaga dan kau pelihara lah mereka."

Thursday 7 June 2012

hilang deria rasa sastra

 sudah 2 minggu aku berhenti menulis dalam kotak minda ini baru aku sedar sastera makin hilang
hilang semua cacatan kota minda aku, hilang untuk mencipta kata-kata.

ish, habis la aku mcm ni!

minda mulai sedar aku
sedar adalah kunci perubahan.

saat rembulan tertunduk sendu
awan ikut bermuram
aku hilang punca berkata kata
tanpa arah dan tujuan

aku tak pernah berputus asa untuk mencari
pujuk rasa untuk kembali
wujudkan misteri di kotak minda ini
di saat ini aku seolah aku sulit mencari

saat aku kesedari
hati gelisah jadi tumpuan
memutar hati menguak arti illusi

'tenang dulu baru fikir'

saat aku sedar
aku kembali terbujur di negeri khayalan
berharap akan rasa sastra kembali.

#harini aku kembali menconteng kata kata misteri
dengan harap jiwa terus bermain di ruang abstrak ini

3.55petang.