Friday 27 July 2012

Kau tak punya wajah kau punya rasa

Aku menyaksikan kau jualah yang berbuat segala-galanya 
kau hadir dalam terang dan
menyamar Sering aku terpedaya oleh penyamaranMu.

Daku panjatkan doa 
Angkatkan tabir hijab 
Agar daku sentiasa melihat.

Susah  aku rasa untuk melihat 
tapi aku tau kau punya rasa.

kau merasa

aku pun merasa
kita saling merasa
hidup itulah rasa
dan rasa itu anugerah kau
berbahagialah orang yang merasa
yang sedar akan rasa.

Rasa manis yang tersembunyi.

Tuesday 24 July 2012

Mabuk yang dihalalkan

Aku datang di kebunmu
menikmati
anggur yang kau rawat
kau jaga,
ketat
dengan beribu pasukanmu
  
Genang anggur
sepanjang malam
Tak cukup mabukku
Genang tahlil
sepanjang kenang
Tak cukup dzikirku
Maka izinkan aku
tetap datang
mengisi nafasku
dengan candamu
hingga di tiap elaan nafas
terus pana mabuk di dalam alam ini.

Sunday 15 July 2012

Dalam tempat aku

Paling aku tidak faham
untuk aku mencari mu
kadangkala dalam kadangkala cetek
adakah begini nasib si pencari mu?

Kau dekat tapi di mana?
tetapi bila didekati kau makin jauh
bila berhenti kau melambai
bila di kejar kau jauh kembali.

Jika kau bertanya apa aku mahu
aku hanya mahukan kau yang satu.

"jika layar telah berkembang
teruskan saja berjuang melawan 
badai sangsai..petir dan getir"

Berapa banyak hati sudah hancur luluh
dalam aku merindui kau
beberapa banyak fikiran telah berkecai
dalam mencari kau.

Bila kerinduan aku terhadapmu menguasai hati
sinarlah segala yang maujud
tiada lagi yang dapat memberi kepuasan.

"aku mencari dan terus mencari rupanya kau dalam baju"

 

Wednesday 11 July 2012

Si kerinting dan senyumannya

Si kerinting mulakan senyumannyaa...

Setiap senyuman kau membawa makna,
rincis rincis terdetik bermakna,
ayat di katakanya mengeluarkan rasa,
indahnya kau sangat berbeza.

Walau baru bermula perasaan makin gila
aku hanya mampu memeluk rasa,
memecah hati menjalar ruang sunyi,
akan aku untai bersama mimpi di balik tirai.

Aku tak sempurna seperti kau jangka kan
tapi aku mahu kau tahu,
aku cuba bikin kelainan,
turut kata naluri,
bahawa kau di hati.

Senyuman kau buat aku diam tak berarah
sulit untuk aku berpaling rasa yang mulai tumbuh,
meski rasanya buat aku ingin pulang tidur,
tapi hati aku diherdik terpikat lalu luluh,

Aku ingin mengukir rasa ini 
dengan kata-kata tapi tak mampu.
Aku tenggelam dalam senyumanmu.
Kau berhasil mencuri hati aku
rasuki seluruh ruang nyaman bagimu.

Hingga akhirnya aku tak dapat mendusta
dari rasa yang kau tanam.

-Sorry aku perlu cakap semua ini
kerana semakin hari semakin sayang.





Thursday 5 July 2012

Rasa yang di pinjamkan

4.38 pagi

Aku terdampar di atas tilam di dalam ruang petak bernama bilik
bersilang kaki sambil melayan alunan tujuh nastia, aku terus dibuai
melayan dengan alunan tujuh nastia ini..

kedengaran langit mula bersuara kilat sambung menyambung
oh ini petanda hujan.

Aku terus melayan alunan...

Rasa-rasa sinis halus mula menjalar di dalam dada ini.

Apakah rasa ini?di herdik hati..
barangkali aku terlalu melayan alunan nastia sehingga lahir putik rasa ini.

Rasa ini indah
asyik,
layan,
berahi,
rasa ini mula menjadi kepulan-kepulan kekabu yang bersepah
lembut mengalahkan sutera.

Padangan aku awalnya berbentuk syiling kini menjadi langit terbentang luas.

Aku sudah mabuk dengan rasa ini
please! aku mahukan lagi rasa ini....
jangan pulangkan rasa ini
aku memahami ini rasa dari qalbu hati.

Sampai masa rasa ini di angkat ke langit kembali.

Rasa ini hanya di pinjamkan buat sementara.



Monday 2 July 2012

Kenyataan menyakitkan

Kenyataan membuatkan aku tidak senang duduk

penantian.

mana? hancus! ini semua kenyataan menyakitkan!

Kenyataan ini bagaikan suara hillintar gelagar
langkah waktu dengan perlahan
harapan mula bertiti.

Tenang,
eksperssi wajah
tanpa senyuman
wajah neutral
tanpa sebarang emosi.

Kenyataan tiada berarti saat berubah parau mengisak mimpi
tergaris lurus pedih berakhir dengan jemu.

Dalam dada meronta-ronta sakit!
kecewa.

Hingga kini aku tidak dapat menerima kenyataan itu

Realiti!
kenyataan

kenapa kau sangat menyakit kan?!

arghhhhhh!





Teater


Pria ini mula mencerita

liuk tubuh,
mimik muka,
gerak gaya,
cara berjalan,
perasaan,

sedikit demi sedikit mula menyelinap

Aku bediri disni tenggelam dalam kesamaran
yang ada hanya sekeping hati untuk mula.

Kini saatnya berpotret diri
terlelap di balik dinding derita
terbenam di tengah kota senyuman

Jadi? teruskan saja.....

Dunia telah melukis ini semua
terserah bagaimana kita membuatnya
nikmati saja.