Monday 3 September 2012

Bangkit kita nusantara

Nusantara kental akan tradisi 
menyatu jiwa dan bangsa
semalam mereka ketuk 
memberi salam semanis madu 
mahu jadikan nusantara ini maju?

Pui!

Terlihat wajah yang selalu dilumuri senyum
berselmpang dilempang semangat tak utuh
berjuang untuk kembalikan nusantara sediakala.

Sekarang bukan saat untuk bertungkat dagu
terlena dibuai wajah manis janji manis
makin dalam realiti dikaji
makin terjumpa bukti yang keji.

Nusantara kian baran
jangan melukai "jiwa" sendiri
sebelum nusantara kiamat kan diri
kembali kan nusantara seperti "kami".

Monday 13 August 2012

Majnun

Aku
majnun
tanpa rupa
tanpa warna.

Nama
yang di sebut
tanpa henti
hari-hari.

Wajah
kau hadir dalam nyata 
tak punya rupa
tapi punya rasa.

Kita
jiwa sama jiwa
bercanda jiwa lara
bukan mata dengan mata.

Hati
memandu asyik memandang ke hadapan 
Tidak pernah melihat pencemaran yang ditinggalkan.

Kau
tenggelamkan aku dalam lautan
hingga tak ada sesuatu dapat menyibukkan
selain berzikir untuk mu.

Tuesday 7 August 2012

Jujur kata hati mukhsin

Sekadar renungan kita bersama 
Suatu cerita penyakit jiwa 
Bukan sakit kat wad gila 
Zahir sihat, jiwa merana


Sinnnn.....

Jujur,
gaya,
ikhlas,
xpresi,

kata arwah yasmin "gigi kau ya?"

Seru menyeru dalam dada
kejujurankah yang bicara?

katamu: "manusia adalah makhluk segala kemungkinan"
terlempar kau ke dalam ruang kosong tak berpenghuni
merasa asing membaca diri
diamlah diam
rasakan semesta meledak dalam kepala.

berjuta tanya
berjuta jawab
kembali pada diri sendiri...

Itu jujur kata hati kau sin...



Thursday 2 August 2012

Cinta si penari

Aku bukan penari
jadi kau menari untuk apa?
aku menari untuk cinta.

Gemalai mulai gerak
mengikut irama mendayu-dayu
petikan dan munajat
mula menjadi sayu.
Asyik
indah.

Barangkali aku sudah pana
tanpa kesan agresif.

Hati aku juga berlegar-legar
berpusing
selendang jiwa menyelimutinya
aku terkena panahan asmara cinta.

Aku sudah ditari
berpusing-pusing
tanpa pening
patah hilang nafsuku
gurindam irama cinta untukmu.

Akan ku perjuangkan jiwa dan jasadku
agar bisa ku bawak tarian cinta
irama buat selamanya.






Friday 27 July 2012

Kau tak punya wajah kau punya rasa

Aku menyaksikan kau jualah yang berbuat segala-galanya 
kau hadir dalam terang dan
menyamar Sering aku terpedaya oleh penyamaranMu.

Daku panjatkan doa 
Angkatkan tabir hijab 
Agar daku sentiasa melihat.

Susah  aku rasa untuk melihat 
tapi aku tau kau punya rasa.

kau merasa

aku pun merasa
kita saling merasa
hidup itulah rasa
dan rasa itu anugerah kau
berbahagialah orang yang merasa
yang sedar akan rasa.

Rasa manis yang tersembunyi.

Tuesday 24 July 2012

Mabuk yang dihalalkan

Aku datang di kebunmu
menikmati
anggur yang kau rawat
kau jaga,
ketat
dengan beribu pasukanmu
  
Genang anggur
sepanjang malam
Tak cukup mabukku
Genang tahlil
sepanjang kenang
Tak cukup dzikirku
Maka izinkan aku
tetap datang
mengisi nafasku
dengan candamu
hingga di tiap elaan nafas
terus pana mabuk di dalam alam ini.

Sunday 15 July 2012

Dalam tempat aku

Paling aku tidak faham
untuk aku mencari mu
kadangkala dalam kadangkala cetek
adakah begini nasib si pencari mu?

Kau dekat tapi di mana?
tetapi bila didekati kau makin jauh
bila berhenti kau melambai
bila di kejar kau jauh kembali.

Jika kau bertanya apa aku mahu
aku hanya mahukan kau yang satu.

"jika layar telah berkembang
teruskan saja berjuang melawan 
badai sangsai..petir dan getir"

Berapa banyak hati sudah hancur luluh
dalam aku merindui kau
beberapa banyak fikiran telah berkecai
dalam mencari kau.

Bila kerinduan aku terhadapmu menguasai hati
sinarlah segala yang maujud
tiada lagi yang dapat memberi kepuasan.

"aku mencari dan terus mencari rupanya kau dalam baju"