Sunday 15 July 2012

Dalam tempat aku

Paling aku tidak faham
untuk aku mencari mu
kadangkala dalam kadangkala cetek
adakah begini nasib si pencari mu?

Kau dekat tapi di mana?
tetapi bila didekati kau makin jauh
bila berhenti kau melambai
bila di kejar kau jauh kembali.

Jika kau bertanya apa aku mahu
aku hanya mahukan kau yang satu.

"jika layar telah berkembang
teruskan saja berjuang melawan 
badai sangsai..petir dan getir"

Berapa banyak hati sudah hancur luluh
dalam aku merindui kau
beberapa banyak fikiran telah berkecai
dalam mencari kau.

Bila kerinduan aku terhadapmu menguasai hati
sinarlah segala yang maujud
tiada lagi yang dapat memberi kepuasan.

"aku mencari dan terus mencari rupanya kau dalam baju"

 

No comments:

Post a Comment