Wednesday 11 July 2012

Si kerinting dan senyumannya

Si kerinting mulakan senyumannyaa...

Setiap senyuman kau membawa makna,
rincis rincis terdetik bermakna,
ayat di katakanya mengeluarkan rasa,
indahnya kau sangat berbeza.

Walau baru bermula perasaan makin gila
aku hanya mampu memeluk rasa,
memecah hati menjalar ruang sunyi,
akan aku untai bersama mimpi di balik tirai.

Aku tak sempurna seperti kau jangka kan
tapi aku mahu kau tahu,
aku cuba bikin kelainan,
turut kata naluri,
bahawa kau di hati.

Senyuman kau buat aku diam tak berarah
sulit untuk aku berpaling rasa yang mulai tumbuh,
meski rasanya buat aku ingin pulang tidur,
tapi hati aku diherdik terpikat lalu luluh,

Aku ingin mengukir rasa ini 
dengan kata-kata tapi tak mampu.
Aku tenggelam dalam senyumanmu.
Kau berhasil mencuri hati aku
rasuki seluruh ruang nyaman bagimu.

Hingga akhirnya aku tak dapat mendusta
dari rasa yang kau tanam.

-Sorry aku perlu cakap semua ini
kerana semakin hari semakin sayang.





No comments:

Post a Comment