Friday, 18 May 2012

Aku dalam kesunyian

Rasa ini datang kembali
menyelinap dari daun jendela
langsung tiada tujuan
aku cuba mengerti apakah perasaan ini

mentari senja pun tiba
gelapan menerjah seluruh tubuh alam
aku kembali ambil nafas baru
baru aku sedar bahawa aku dalam kesunyian
rincik hujan,petir, juga gelapnya malam
menambah sunyi sesunyi hati ini

sekian waktu aku hanya pendam dalam sanubari
seakan akan dunia ini lari bersembunyi dari aku
aku tenggelam dalam kesyunyian ini
hanya puisi sunyi menemani aku di sini

#Aku juga manusia punya hati dan perasaan,
bayangan malam di batas sunyi menghampiri jiwa
menatap sendu memeluk rindu.
7.40 malam

Tuesday, 15 May 2012

perjalanan hidup

Perjalanan hidup aku

Satu...satu....satu...satu...satu..
satu...satu...satu...satu...satu..
satu.....................satu.............satu.
 satu..satu.....satu....satu...

kehidupan atau hidup aku

Kehidupan aku yang sentiasa menjadi kenikmatan sesaat dalam kehidupan nyata..
meskipun perjalanan hidup aku tidak pernah kelar namun kaki pernah bengkak
untuk terus berjalanan..meski pun perjalanan tak kan pernah berhenti aku tau
tuhan selalu menyertai..penat lelah perjalanan hidup aku yg banyak lalui rintangan
halangan yang aku terus berjalan aku pasti dan pasti terus pasti tuhan selalu
ada bersama aku.

aku tersasar dalam hidup aku
tanpa arah dan tujuan
menitis air mata setiap perjalanan hidup aku

tapi itu semua dahulu
menggapai harapan tanpa mematung dikeramaian
melahirkan segumpal harpan langsung tak diburu
ketika aku langsung tidak mengerti erti kehidupan

namun kadangkala aku kecewa
memilih liku-liku kehidupan yg tiada persimpangan
temakan waktu yang enggan menoleh
untuk kepuasan duniawi

akhirnya aku mengerti setiap perjalanan ada halangan
setiap pertemuan ada perpisahan
akan aku tempuhi hidup ini untuk pengalaman
yang sehangat sinar mentari
sesejuk sinar rembulan
yang meneduhkan jiwa
akan ku semat iman ini demi tuhan
agar aku menjadi sebaik insan.

#perjalanan demi perjalanan hidup aku anggap saja ini
  semua pengalaman untuk aku menjadi lebih matang.
4.27petang





Thursday, 10 May 2012

Aku lost

aku bangun,tidur
aku bangun,dan tidur
aku bangun,dan tidur
aku bangun dan tidur

aahhhhhhhh!! sudahhhhh harini ni aku lost !!!
hilang punca hilang semuanya perasaan berliku sendu
kelabu dalam debu.

sayu tua lagu berlagu hiba
andai kata ini dibiarkan dalam arus kekalutan
kekalutan itu akan terus menjadi kekalutan
jika aku terus merenung terlentang begini

aku hanya menukilkan sebuah puisi buat diri yang hilang  punca dan arah
agar kebodohan,kehilangan,kebebalan dan kelemahan itu tidak berulang lagi
tiada yang akan bantu aku untuk bangkit bediri,selain diri aku sendiri

BODOHNYA aku! menyiksa diri dengan dengan bayangan masa depan
yang tak tentu lagi mana awal nya mana akhirnya
tapi........

#ahhhhhh! aku losttttt pleaseeeeeeee aku lemah!
7.06malam

Wednesday, 9 May 2012

Pelakon di pentas dunia

Hidup di dunia ibarat pelakon di pentas

Dunia ibarat pentas dan pelakon di atas pentas tu ialah kita,Adakah kita seorang pelakon yang hebat bila di pentas dunia ini? jika kita seorang pelakon yang teruk maka teruk lah lakonan itu.

Alhamdulilah, aku masih punyai pak dan mak aku yang membimbing aku sebaik mungkin
ketika aku masih bodoh-bodoh cerdik langsung tidak memahami erti kehidupan
ketika itu aku hanya mentafsir kan apa yang aku rasa dan kehendak diri aku ibarat
di telan kesuyian malam membisu di pertapaan malam.

perbuatan atau perwatakan sahaja lah yang membingkai lakonan kita di pentas dunia bagus atau tidak
kalau bergini lah lakonanya aku maka berginilah jadinya!

Di pentas dunia,Lakonan hanya sementara
ada yang lupa ini adalah buat seketika
hanya mereka yang perwatakan bagus
akan terus bagus menjadi sebaik insan 
ku semat iman demi tuhan.

jadi sekarang tertawalah dengan sepenuh rasa selagi kau sempat
kerana akan tiba masa dan waktunya jiwa kau
untuk beristrirahat dalam keabadian

11.00malam
bye

Sunday, 6 May 2012

Memori kerinduan

hari hari berlalu hanya sekadar memori..mencipta wajah rindu wajah sayup ayu..
sinar matahari melimpah menerjah ruang bumi ini..aku disini berjalan dan terus berjalan hari demi hari...satu kisah telah hadir menggantikan kenangan akan suatu berjalan dengan kerinduan memori...satu kekosongan telah terisi oleh kerinduan akan suatu jawapan...maka bertemanlah dengan waktu dan aku akan tau betapa berharganya ia walaupun berakhir dengan suatu pertanyaan.
#aku rindu masa yg lalu
10.20malam

Thursday, 3 May 2012

Juki atau remeiy


Remeiy atau Juki

kau seorang sahabat aku "dua watak satu jasad satu hati" rupanya ada juga manusia atau kawan seperti kau.

Kau manusia jelas dan ikhlas
Yang tidak pernah mintak dipandang balas
yang selalu abai keinginan jiwa
Yang selalu senyum bila berkata kata


Yang kau tak tau
Apa sebenarnya wujud dalam zarah zarah halus jiwa
Menyelusup pelan pelan
Hingga jadi satu adunan sebati 
itu adalah hati sanubari engkau

#Buat remeiy aku baru mengenali kau tapi kau baik ikhlas dari hati aku ckap
   apa aku rasa kan terhadap kau aku bukukan disni 
   12.10 malam




Tuesday, 1 May 2012

Peneman bila sunyi

cahaya rembulan meredup senyap
langit bertembung kilat sambung menyambung
saat lagi hati tidak bernyanyi 
bila diri menghantui sunyi

lambat betul hari berganti
hari hari tidak tertahan lagi
adakah aku harus dan terus begini?

#aku harus bangun dan cari penganti
4.23petang