Wednesday, 11 July 2012

Si kerinting dan senyumannya

Si kerinting mulakan senyumannyaa...

Setiap senyuman kau membawa makna,
rincis rincis terdetik bermakna,
ayat di katakanya mengeluarkan rasa,
indahnya kau sangat berbeza.

Walau baru bermula perasaan makin gila
aku hanya mampu memeluk rasa,
memecah hati menjalar ruang sunyi,
akan aku untai bersama mimpi di balik tirai.

Aku tak sempurna seperti kau jangka kan
tapi aku mahu kau tahu,
aku cuba bikin kelainan,
turut kata naluri,
bahawa kau di hati.

Senyuman kau buat aku diam tak berarah
sulit untuk aku berpaling rasa yang mulai tumbuh,
meski rasanya buat aku ingin pulang tidur,
tapi hati aku diherdik terpikat lalu luluh,

Aku ingin mengukir rasa ini 
dengan kata-kata tapi tak mampu.
Aku tenggelam dalam senyumanmu.
Kau berhasil mencuri hati aku
rasuki seluruh ruang nyaman bagimu.

Hingga akhirnya aku tak dapat mendusta
dari rasa yang kau tanam.

-Sorry aku perlu cakap semua ini
kerana semakin hari semakin sayang.





Thursday, 5 July 2012

Rasa yang di pinjamkan

4.38 pagi

Aku terdampar di atas tilam di dalam ruang petak bernama bilik
bersilang kaki sambil melayan alunan tujuh nastia, aku terus dibuai
melayan dengan alunan tujuh nastia ini..

kedengaran langit mula bersuara kilat sambung menyambung
oh ini petanda hujan.

Aku terus melayan alunan...

Rasa-rasa sinis halus mula menjalar di dalam dada ini.

Apakah rasa ini?di herdik hati..
barangkali aku terlalu melayan alunan nastia sehingga lahir putik rasa ini.

Rasa ini indah
asyik,
layan,
berahi,
rasa ini mula menjadi kepulan-kepulan kekabu yang bersepah
lembut mengalahkan sutera.

Padangan aku awalnya berbentuk syiling kini menjadi langit terbentang luas.

Aku sudah mabuk dengan rasa ini
please! aku mahukan lagi rasa ini....
jangan pulangkan rasa ini
aku memahami ini rasa dari qalbu hati.

Sampai masa rasa ini di angkat ke langit kembali.

Rasa ini hanya di pinjamkan buat sementara.



Monday, 2 July 2012

Kenyataan menyakitkan

Kenyataan membuatkan aku tidak senang duduk

penantian.

mana? hancus! ini semua kenyataan menyakitkan!

Kenyataan ini bagaikan suara hillintar gelagar
langkah waktu dengan perlahan
harapan mula bertiti.

Tenang,
eksperssi wajah
tanpa senyuman
wajah neutral
tanpa sebarang emosi.

Kenyataan tiada berarti saat berubah parau mengisak mimpi
tergaris lurus pedih berakhir dengan jemu.

Dalam dada meronta-ronta sakit!
kecewa.

Hingga kini aku tidak dapat menerima kenyataan itu

Realiti!
kenyataan

kenapa kau sangat menyakit kan?!

arghhhhhh!





Teater


Pria ini mula mencerita

liuk tubuh,
mimik muka,
gerak gaya,
cara berjalan,
perasaan,

sedikit demi sedikit mula menyelinap

Aku bediri disni tenggelam dalam kesamaran
yang ada hanya sekeping hati untuk mula.

Kini saatnya berpotret diri
terlelap di balik dinding derita
terbenam di tengah kota senyuman

Jadi? teruskan saja.....

Dunia telah melukis ini semua
terserah bagaimana kita membuatnya
nikmati saja.





Tuesday, 26 June 2012

Xpresi

Wujudnya rasa yang belari-lari di dalam seluruh pelusuk dada ini, aku merasakan
wilayah di dalam ruang ini bukankah ia hanya casing belum tentu rasa nya datang dari jiwa.

aku terus di buai.
menyalurkan seni dengan alunan.
mejandi sebuah bualan halimunan.
ikutan terus menjadi seiring.

"Berpuisng melentangkan tangan"


 Emosi mula menguasai aku, rasa ini mula berputar-putar
 aku mahu mencipta kan rasa ini dengan kata kata.

"Angan melayang bersama liuk tubuh"

 INDAHkan

Ia seakan akan mati diam membisu 
meluap kedap dalam segiempat.

BerXpresi menggunakan perasaan
bukan beraksi menggunakan paksaan.




Sunday, 24 June 2012

Bediri di atas noktah

Sekarang aku bediri di atas noktah

mana penghujungnya? ini lah penghujungnya.

Aku risau cemas rimas banyak rasa yang ada di dalam hati
yang aku langsung tidak faham bukan sekali tapi sudah berkali kali.

aku gelabah secara tiba-tiba aku cuba lagi untuk
geledah kerana aku tahu di hadapan sana tiada lagi jalan untuk aku pulang

ah bagaimana ni apa aku harus buat? ish apa semua ini? aku buntu..



ini adalah perasaan atau cebisan-cebisan perasaan yang sudah sampai noktahnya.

apa ni! ?

kau diam saja, sebab tiada lagi pembuat untuk kau pulang atau kau cari untuk
berubah ke bentuk asal.

BEDIRI SAJA DI ATAS NOKTAH.

ahhhhhh tidakkkk!


Thursday, 21 June 2012

Rindu aku akan kekasihmu

Aku menulis puisi ini untuk menjadi wadah
aku cuba bermadah untuk meluah
rindu aku akan kekasihmu

Aku cuba sedaya yang aku mampu
menukil keluar sesuatu
tanda aku rindu terhadap kekasihmu
harum rindu aku terhadap kekasihmu

Aku duduk memandangi gurun nan luas
langit bertaburan bintang tanpa awan
angin mula bertiup menimbulkan kumpulan debu

Aku tak pernah melihatmu
namun kau ada di hati aku
kau nampak sangatlah dekat
makin rindu merusuk di hati

Namamu harum dibilik aku
mampirlah sejenak kau di dalam dada aku
dengarlah suara aku memuja muja namamu
TIADA YANG LAIN.

*Aku menulis sambil mengalir air mata kerana rindu
  aku akan kekasihmu.