Aku menulis puisi ini untuk menjadi wadah
aku cuba bermadah untuk meluah
rindu aku akan kekasihmu
Aku cuba sedaya yang aku mampu
menukil keluar sesuatu
tanda aku rindu terhadap kekasihmu
harum rindu aku terhadap kekasihmu
Aku duduk memandangi gurun nan luas
langit bertaburan bintang tanpa awan
angin mula bertiup menimbulkan kumpulan debu
Aku tak pernah melihatmu
namun kau ada di hati aku
kau nampak sangatlah dekat
makin rindu merusuk di hati
Namamu harum dibilik aku
mampirlah sejenak kau di dalam dada aku
dengarlah suara aku memuja muja namamu
TIADA YANG LAIN.
*Aku menulis sambil mengalir air mata kerana rindu
aku akan kekasihmu.
No comments:
Post a Comment