Hari-hari,seperti biasa pukul 12 malam aku menunggu saat untuk aku menciptakan senyuman, dia juga
langsung menunggu aku katanya, aku adalah lelaki pertama menerjah menjalar perasan begini.
Dia sungguh indah bagi aku tapi baru seminggu pengenalan sudah putik rasa ini?
Kau biar betul faizal?
ya! perasaan ini dah mebuak-buak
hadirnya pria itu mengugat perasaan aku
kau yang pertama jadi aku harus merasainya
Ah! makin hari makin indah!
Harini ini
dari telinga ke telinga
anjeeee sayang!
eh siapa anje you?
lu la anje gua.
*pipi merah bagai dicubit
muka terkumat-kamit.
tapi.............
Mengapa kau perlu hadir buat beberapa kerat,menari-nari di alam khayalan aku
kenangan itu terbuai di dalam mimpi aku. Bukan menyesal pada rasa ataupun
dendam bekarat, Aku mengharap penuh derita bila rindu kelam sarat.
"Melabuhkan pilu mencorakan seribu cerita penuh makna"
eh bagaimana dengan dia?
adakah datang dan pergi persis ombak kalanya?
atau mengikut hatinya?
Hm biarkan saja lah kalau ditelan nanti celakanya aku.
INTANFARHANA.
Wednesday, 13 June 2012
Malas itu penyakit
"Makkk! adik rasa mcm nk demam tak mau p sekolah lah"
Hahaha ini bukan demam ke sakit ini namanya alasan malas aku
malas segalanya.
Malas adalah satu penyakit sebenarnya. Bagi orang yang ada sikap malas ini seperti aku dulu dia tidak ada kesungguhan untuk berusaha dan gigih bagi mencapai apa jua peluang,rezeki,masa depan,lain-lain yang
diimpikannya.Itu satu fakta yang perlu diketahui.. MALAS tiada dalam kamus
orang-orang yang berjaya. Ini adalah kerana MALAS itu salah satu sikap
negatif yang merujuk kepada anti-kejayaan iaitu penghalang kejayaan.
Sebab itulah aku selalu berpesan kepada sesapa jua berusaha gigihlah
kalau kau nak berjaya, jangan sekadar berangan tinggi tapi malas nak usaha
apa yang diimpikan itu.
Lahirnya sikap negatif dalam diri dan pemikiran adalah berpunca daripada sikap malas berusaha, tidak mahu berfikir, asyikan hiburan dan hidup tanpa tanggungjawab. Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang kita mestilah berusaha mengubah sikap yang terdapat dalam diri kita. Walaupun sukar untuk kita singkirkan sikap negatif secara keseluruhan tetapi kita boleh berusaha untuk menjadikan ianya semakin mengecil. Caranya dengan tingkatkan yang positif insyaallah kita dapat mengurangkan yang negatif.
Sehangat panas terik
tak sanggup lagi diri menanti
dengan sedikit pekikan
jiwa malas melangkah pergi.
Setiap hamba di pentas dunia ini perlu ada perubahan atau transformasi.Aku juga atau kita semua perlu
berubah dari sikap malas. Cermin diri dan masa depan adakah kita tidak mahu berubah dan berbuat apa-
apa pada diri sendiri?
Jangan biar diri kau dilanda KEMALASAN lagi sehingga kan dunia dan akhirat tiada pembuatnya hadapi kehidupan dengan penuh kesyukuran tanpa banyak persoalan pada diri.
Tuesday, 12 June 2012
Manusia yang membawa penyakit
Kau manusia yang membawa penyakit pada aku!
Sejenak rasa sakit menyiarap di tubuh aku. Deras rasa yang menoreh tubuh aku
dengan pekikan celaka kau memenuhi ruang rasa dalam baju aku.
Kau selalu menjatuhkan air muka aku,
Kau selalu menjatuhkan maruah aku,
Kau selalu hilangkan semangat aku.
Kau fikir diri kau dah cukup bagus?
buka baju tepuk dada sampai merah
kau siapa?!
bullshit!
Denyutan yang dulunya pelan
sekrang diringi nafas ketat
memberi isyarat luka dan lebam
Pengecut ini menjadi amarah yang tak bisa aku lupakan
aku akan diam
dendam dalam diam!

Monday, 11 June 2012
Ini antara aku dengan khaliq
Khaliq aku datang bermadu kasih
Kaki bersimpuh malam bermadang sepi
memandang zat yang indah
izikan aku mendakap kamu
aku hanya mahu keredaan mu
Khaliq,
Aku datang dari lautan dosa
dalam lembah yang penuh dusta
dosa yang menghimpit jiwa
saat kegelapan menutupi hati
Khaliq,
Selamatkan aku dari lembah berlumpur ini
supaya aku dapat memandang kebaikan
jawapan aku hanya satu untuk kamu
masukan aku ke dalam benteng keteguhan mu
supaya teguh tiada lagi kegelapan pada aku
Khaliq,
Aku datang kerana aku rindu
yang tidak bisa menahan rasanya
berikan aku kesempatan untuk aku bermadu kasih bersamamu
dan terus mengabadi padamu
Khaliq,
Bila kerinduan terhadapMU menguasai hati
sinarlah segala yang maujud tiada lagi yang dapat memberi kepuasan
padamu jua terdapat cangkir air penghidupan air yang membasahi tekak
yang dahagakan kasih illahi.
AKU DAHAGAKAN KASIH ILLAHI.
"ya tuhan ku kau yang ku maksud keredaan kau yang ku tuntut
tiada yang lain"

Sunday, 10 June 2012
AKAN DATANG
Aku dulu malas mendorong aku untuk menulis catatan kemalasan aku.
Membuat aku terus khyahal dengan emosi ini mencari perumpamaan yang
sama seperti aku meneliti setiap susunan dan perkataan. Satu persatu
masej terungkai dari setiap sudut perkataan atau catatan aku,
banyak bermain dengan pembayang kata membuat si pembaca berfikir
sejenak apa yang ada di sebalik kotak minda aku. Dulu aku hanya abadikan
catatan aku di blog, sekarang aku bukukan untuk berkongsi dengan semua
yang juga malas seperti aku.
Catatan ini adalah tulisan atau senjata pada aku untuk melangkah
setapak lagi menulis buku. noktah dan koma dalam catatan ini
tidak pernah membuat aku gagal Alhamdulilah aku bersyukur
padaNYA pencatat terus mencatat bangkit dari malas
ALLAHURABBI.
RM 32.20
9.45 malam
Aku akan ke studio cikgu raif lepak dengan iqbal
Sampai saja di studio cikgu raif mcm biasalah
duduk melepak kalau tak melepak pon
berbahas mulut la dengan iqbal ada saja
benda yang tak kena "hang artis lah"
"farid kamil lah" tiada pembuat.
Sambil menunggu iqbal tampal gambar wedding
aku seperti biasa la "BBM" sambil borak kosong
dengan tokwan yg berhadapan dengan aku, bob di kunter
berahi layan angry bird katanya baru install.
selang 1 jam kemudian.....
Datang satu family masuk studio
gayanya dan cara agak aku mcm dari kampung
pakainya lusuh badan berbau barangkali daif.
aku tak layan hanya senyuman aku lemparkan..
aku terdengar samar-samar kasar dari mulut pakcik tu
Ha, hang nk print berapa cepat lah abg tu dok tunggu,
menyuruh anaknya supaya cepat.
habis saja Bob masukan gambar diberi anaknya
dik, bila boleh siap gambaq ni? dibalas Bob dengan sopan,
pakcik esok boleh? la ni takdan sebab mesin
dah off esok dalam 930 pagi pak cik mai na?
perbualan Bob dan pak cik itu aku hanya dengar samar samar saja..
Pak cik, nk bayaq la ni ka esok?, harini ja la dik!,
Bob terus menulis resit bayaran dengan pantas ok pakcik semua
32.20 ringgit.
"Berapa dik! ? dibalas bob ,32.20 ringgit."
Melihat dengan kedaan keluarga dan rauk wajah pakcik ni aku mengerti
bertapa bersarnya RM 32.20. Dari pandangan aku
agak berat untuk beliau mengeluarkan wang sebanyak itu hanya untuk
print beberapa keping gambar.
"kalau aku di tempatnya aku juga dapat merasakan apa yg beliau rasa."
Aku hanya padang dari jauh..
Lihat pada dompetnya yg koyak rabak apatahlagi
duit di dalamnya. Aku tersentuh bila melihat beliau
mengeluarkan duit untuk membayar semua jumlah
tersebut, hanya ada beberapa keping duit RM 10
di dalam dompetnya..agak berat bila beliau
mengeluarkan duit berjumlah RM 32.20.
Entah dari pagi sampai ke petang beliau mecari duit sebanyak itu.
Aku rasakan seperti mahu mengalirkan air mata bila melihat
realiti ini terjadi di hadapan aku.
# Alhamdulillah aku bersyukur aku di lahirkan dalam keluarga kedaan
sempurnya cukup seadanya. Dalam hati sanubari "YA ALLAH aku sedih
melihat keadaan pak cik tadi kau jaga dan kau pelihara lah mereka."

Thursday, 7 June 2012
hilang deria rasa sastra
sudah 2 minggu aku berhenti menulis dalam kotak minda ini baru aku sedar sastera makin hilang
hilang semua cacatan kota minda aku, hilang untuk mencipta kata-kata.
ish, habis la aku mcm ni!
minda mulai sedar aku
sedar adalah kunci perubahan.
saat rembulan tertunduk sendu
awan ikut bermuram
aku hilang punca berkata kata
tanpa arah dan tujuan
aku tak pernah berputus asa untuk mencari
pujuk rasa untuk kembali
wujudkan misteri di kotak minda ini
di saat ini aku seolah aku sulit mencari
saat aku kesedari
hati gelisah jadi tumpuan
memutar hati menguak arti illusi
'tenang dulu baru fikir'
saat aku sedar
aku kembali terbujur di negeri khayalan
berharap akan rasa sastra kembali.
#harini aku kembali menconteng kata kata misteri
dengan harap jiwa terus bermain di ruang abstrak ini
3.55petang.

Subscribe to:
Posts (Atom)