Wednesday 13 June 2012

Malas itu penyakit

"Makkk! adik rasa mcm nk demam tak mau p sekolah lah"

Hahaha ini bukan demam ke sakit ini namanya alasan malas aku
malas segalanya.

Malas adalah satu penyakit sebenarnya. Bagi orang yang ada sikap malas ini seperti aku dulu dia tidak ada kesungguhan untuk berusaha dan gigih bagi mencapai apa jua peluang,rezeki,masa depan,lain-lain yang
diimpikannya.Itu satu fakta yang perlu diketahui.. MALAS tiada dalam kamus orang-orang yang berjaya. Ini adalah kerana MALAS itu salah satu sikap negatif yang merujuk kepada anti-kejayaan iaitu penghalang kejayaan. Sebab itulah aku selalu berpesan kepada sesapa jua berusaha gigihlah kalau kau nak berjaya, jangan sekadar berangan tinggi tapi malas nak usaha apa yang diimpikan itu.

Lahirnya sikap negatif dalam diri dan pemikiran adalah berpunca daripada sikap malas berusaha, tidak mahu berfikir, asyikan hiburan dan hidup tanpa tanggungjawab. Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang kita mestilah berusaha mengubah sikap yang terdapat dalam diri kita. Walaupun sukar untuk kita singkirkan sikap negatif secara keseluruhan tetapi kita boleh berusaha untuk menjadikan ianya semakin mengecil. Caranya dengan tingkatkan yang positif insyaallah kita dapat mengurangkan yang negatif.

Sehangat panas terik
tak sanggup lagi diri menanti
dengan sedikit pekikan
jiwa malas melangkah pergi.

Setiap hamba di pentas dunia ini perlu ada perubahan atau transformasi.Aku juga atau kita semua perlu
berubah dari sikap malas. Cermin diri dan masa depan adakah kita tidak mahu berubah dan berbuat apa-
apa pada diri sendiri? 

Jangan biar diri kau dilanda KEMALASAN lagi sehingga kan dunia dan akhirat tiada pembuatnya hadapi kehidupan dengan penuh kesyukuran tanpa banyak persoalan pada diri.





No comments:

Post a Comment