Monday 11 June 2012

Ini antara aku dengan khaliq

 Khaliq aku datang bermadu kasih

 Kaki bersimpuh malam bermadang sepi
 memandang zat yang indah
 izikan aku mendakap kamu
 aku hanya mahu keredaan mu

 
 Khaliq,

 Aku datang dari lautan dosa
 dalam lembah yang penuh dusta
 dosa yang menghimpit jiwa
 saat kegelapan menutupi hati

 Khaliq,

 Selamatkan aku dari lembah berlumpur ini
 supaya aku dapat memandang kebaikan
 jawapan aku hanya satu untuk kamu
 masukan aku ke dalam benteng keteguhan mu
 supaya teguh tiada lagi kegelapan pada aku

 Khaliq,

 Aku datang kerana aku rindu
 yang tidak bisa menahan rasanya
 berikan aku kesempatan untuk aku bermadu kasih bersamamu
 dan terus mengabadi padamu

 Khaliq,

 Bila kerinduan terhadapMU menguasai hati
 sinarlah segala yang maujud tiada lagi yang dapat memberi kepuasan
 padamu jua terdapat cangkir air penghidupan air yang membasahi tekak
 yang dahagakan kasih illahi.

 AKU DAHAGAKAN KASIH ILLAHI.
 "ya tuhan ku kau yang ku maksud keredaan kau yang ku tuntut
  tiada yang lain"
 
   
 



No comments:

Post a Comment