Sunday 10 June 2012

RM 32.20

9.45 malam
Aku akan ke studio cikgu raif lepak dengan iqbal

Sampai saja di studio cikgu raif mcm biasalah
duduk melepak kalau tak melepak pon
berbahas mulut la dengan iqbal ada saja
benda yang tak kena "hang artis lah"
"farid kamil lah" tiada pembuat.

Sambil menunggu iqbal tampal gambar wedding
aku seperti biasa la "BBM" sambil borak kosong
dengan tokwan yg berhadapan dengan aku, bob di kunter
berahi layan angry bird katanya baru install.

selang 1 jam kemudian.....

Datang satu family masuk studio
gayanya dan cara agak aku mcm dari kampung
pakainya lusuh badan berbau barangkali daif.

aku tak layan hanya senyuman aku lemparkan..

aku terdengar samar-samar kasar dari mulut pakcik tu
Ha, hang nk print berapa cepat lah abg tu dok tunggu,
menyuruh anaknya supaya cepat.

habis saja Bob masukan gambar diberi anaknya
dik, bila boleh siap gambaq ni? dibalas Bob dengan sopan,
pakcik esok boleh? la ni takdan sebab mesin
dah off esok dalam 930 pagi pak cik mai na?

perbualan Bob dan pak cik itu aku hanya dengar samar samar saja..

Pak cik, nk bayaq la ni ka esok?, harini ja la dik!,
Bob terus menulis resit bayaran dengan pantas ok pakcik semua
32.20 ringgit.

"Berapa dik! ? dibalas bob ,32.20 ringgit."

Melihat dengan kedaan keluarga dan rauk wajah pakcik ni aku mengerti 
bertapa bersarnya RM 32.20. Dari pandangan aku
agak berat untuk beliau mengeluarkan wang sebanyak itu hanya untuk
print beberapa keping gambar.

"kalau aku di tempatnya aku juga dapat merasakan apa yg beliau rasa."

Aku hanya padang dari jauh..

Lihat pada dompetnya  yg koyak rabak apatahlagi
duit di dalamnya. Aku tersentuh bila melihat beliau
mengeluarkan duit untuk membayar semua jumlah
tersebut, hanya ada beberapa keping duit RM 10
di dalam dompetnya..agak berat bila beliau
mengeluarkan duit berjumlah RM 32.20.

Entah dari pagi sampai ke petang beliau mecari duit sebanyak itu.
Aku rasakan seperti mahu mengalirkan air mata bila melihat
realiti ini terjadi di hadapan aku.

# Alhamdulillah aku bersyukur aku di lahirkan dalam keluarga kedaan
sempurnya cukup seadanya. Dalam hati sanubari "YA ALLAH aku sedih
melihat keadaan pak cik tadi kau jaga dan kau pelihara lah mereka."

No comments:

Post a Comment